Thursday 19 April 2012

Kerana CYST....

Assalamualaikum...
Saya mulai tulisan saya kali ini dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

          Hari ini (2007)... rasa itu datang lagi. Arrrgghhh...astaghfirullahal'azim, Ya Allah.. sakitnya!!!
Dengan perut ku yang besar (seakan wanita hamil 8 bulan).. aku teruskan kehidupan seperti biasa. Aku tahan kesakitan bila pinggang dan perutku sakit sehingga tubuhku kejang. Kaki ku juga sering cramp. Kasihan anak-anakku yang 4 orang itu. Yang sulong 9 tahun, kedua 8 tahun, ketiga 4 tahun dan yang bongsu 3 tahun. Untuk pengetahuan... anak ku 2 lelaki dan 2 perempuan.
         Umat Islam sedang merayakan Aidilfitri hari ke 4 (jika tak silap). Pagi itu suamiku mengajak aku untuk sama-sama beraya ke rumah adiknya (open house). Aku menolak ajakannya.. kerana mula berasa tidak selesa. Aku ingin berehat saja di rumah. Dan tinggal lah aku seorang diri sambil berbaring di sofa. Tiba-tiba rasa sakit  diperut, pinggang dan kaki mula menyerang.. Aku dengan susah payah cuba bangun untuk masuk ke bilik. Tapi pergerakkan ku sungguh terbatas. Bayangkan... aku bangun dan bersandar pada dinding... dan bergerak hanya menggunakan jari-jari kakiku saja. Sakit yang amat sangat! dan tubuhku mula kejang.
         Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.. Dalam keadaan aku yang tak keruan itu, aku terdengar ada kereta masuk ke halaman rumahku. Rupa-rupanya mak dan adikku datang. Mak kata, dia rasa tak sedap hati bila teringatkan aku yang sering sakit-sakit. Syukur pada Mu Ya Allah. Kehadiran mereka sangat membantu. Dan Aku telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan teksi. Sesampainya aku kat hospital, aku disuruh menunggu di ruang menunggu di depan Kaunter Emergency. Orang... ramai sangat. Adalah dalam 1 Jam menunggu.. namaku masih tidak dipanggil. Kesakitan yang aku tanggung sudah tidak tertahan lagi. Aku kejang lagi.. dan tak boleh bernafas dengan betul. Apa yang aku rasa adalah seperti jantungku di himpit sehingga sesak nafas. Adikku terus menjerit memanggil nurse lelaki yang ada kat situ untuk memberitahu keadaanku. Dan mereka membawa aku ke dalam ruangan emergency. Disitu, mereka meletakkan plastik (pengganti alat pernafasan - oksigen) di mulut dan hidungku dan mengajar aku bernafas dengan lebih baik. "Relax... tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut..." kata mereka sambil mengurut-ngurut tanganku yang kaku.
          Perutku di scan. Ada sesuatu, kata mereka. Aku ditahan di wad. Seminggu aku di wad, aku minta untuk balik sebab takde apa-apa dilakukan hanya scan dan makan ubat. Di rumah aku sakit lagi. bila sakit tu datang aku akan berpeluh yang luar biasa... basah lencun... panas... aku akan cari kipas. dan berguling la aku dibawah kipas sehingga rasa sakit itu berkurangan. Ianya memakan masa sehingga 1 jam lebih. Tidak dapat ku bayangkan betapa kuatnya aku menahan kesakitan.
          Dan aku masuk wad lagi. Aku dipertemukan dengan seorang Doktor Pakar Sakit Puan. Nama beliau ialah Dr. Elynda. Beliau merawat aku dengan baik sekali. Aku di CT scan. Dan aku diberitahu ada Cyst di ovariku. Dan yang menyebabkan kesakitan sehingga kejang itu adalah kerana Cyst itu telah terbelit beberapa kali dan kurang oksigen. Aku akan menjalani pembedahan membuang cyst itu. Hmmmmm..... Ya Allah, permudahkanlah segalanya dan selamatkanlah aku. Diruangan mataku wajah anak-anakku silih berganti. Tatkala itu doa mak amat aku perlukan. Suamiku... oh kesiannya dia! kerana semakin berat lah tanggungjawabnya. Hanya mak dan adik-adikku tempat aku bergantung harapan agar dapat membantu menjaga anak-anakku. Dan nasib ku baik sebab tika itu cuti sekolah akhir tahun.
          Cyst yang doktor keluarkan dari perutku seberat 3.5kg.. ovariku sebelah kiri juga tidak dapat diselamatkan. Doktor kata, jangan risau sebab yang sebelah lagi masih boleh berfungsi. Beberapa hari selepas pembedahan itu aku pun dibenarkan pulang ke rumah. MAK la orang yang paling banyak membantu aku dan telah menjaga aku dengan baik. Tidak dapat aku nilai dengan wang ringgit.  Betapa mak adalah insan yang sangat mulia. Semoga rohnya mendapat tempat yang mulia disisi Allah swt. (mak meninggal dunia pada 27/09/2010). Dan aku sembuh dengan sempurna...
          Tetapi, pada tahun berikutnya 2008... tiba-tiba aku sakit pinggang lagi. aku tak boleh bangun, hanya berbaring di katil. Segalanya dilakukan di atas katil. MAK jugalah orang yang telah bertungkus lumus menjaga dan mendoakan kesejahteraan aku. Mak mengelap, mencuci najisku, menukarkan pakaianku... pokoknya A sampai Z semuanya mak yang lakukan. Terima kasih Mak!! Lebih kurang 1 minggu aku berkeadaan seperti itu. Akhirnya aku boleh berdikari semula. Dan pada cuti sekolah akhir tahun itu juga aku telah menjalani pembedahan sekali lagi... kerana Cyst tumbuh lagi pada ovari kanan pula. Kali ini rahimku juga turut dibuang kerana sudah tidak berfungsi dan ditakuti akan mendatangkan kemudaratan yang lain pula..
          Kini... keadaanku agak baik. Cuma kakiku sedikit lemah dan sakit pinggang masih aku rasai. Namun ianya tidaklah sehingga kejang. Berita baiknya... selepas pembedahan pertama dulu, aku terpaksa solat dengan duduk dikerusi... sehinggalah 2 bulan lepas. Aku sudahpun boleh solat seperti orang lain. Syukur Alhamdulillah... Semoga aku diberikan kesihatan yang terbaik dan dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku dan sinarilah hidupku dengan Nur MU agar aku bisa menjadi antara insan-insanMu yang beriman. amin...
       

Tuesday 17 April 2012

Your Mother (Sweeter Version) with lyrics

Never Forget_ Maher Zain ft. Mesut Kurtis.wmv

Rafly - Lagu Ibu (OST Hafalan Shalat Delisa) with lyrics

RINDU PADA MU.....

Hingga saat ini..
Aku masih tidak berkesempatan untuk mengunjungi pusara kalian.
Sudah lebih sebulan!
Bukan aku lupa... bukan juga tidak ingat...
Bahkan setiap kali sehabis solat
Tangan ku tadah.... doa ku pohon...
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa ku
Peliharalah mereka dari azab neraka Mu
Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku
sedari aku dilahirkan sehingga aku dewasa
Dan tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang
yang beriman dan soleh....

Mak.. Abah...
Kasih sayang kalian telah membesarkan kami...
Tugu cinta yang kalian ukir masih tetap dihati kami
Insyaallah... tidak akan terlerai ikatan kasih kami
adik beradik...
Semoga Mak.. Abah... mendapat tempat istimewa
Di sisi Allah swt.
Kerana NUR yang kalian serapkan
Dalam jiwa kami....
Menjadi cahaya yang menyuluh kegelapan
Hidup kami....

DAN SEBENARNYA AKU RINDU.....

Salam Perkenalan...

PANTUN PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum...

Salam Perkenalan saya hulurkan,
Buat semua pembaca budiman.
Saya suka nak berkenalan,
Sambutlah salam berbalas senyuman...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Saya baru hendak belajar,
Kalau salah atau pelik jangan laaa.... ketawakan!

Mari mari kita bercerita,
Apa saja boleh diterima.
Sedih, duka, gembira ceria,
Buat mengisi masa yang ada...

Jom kiter!!!